Ahad, 17 September 2017

Pencarian UFO

Assalamualaikum. Salam bertemu kembali.

Sudah sekian lama saya tidak update blog ini atas sebab-sebab tertentu seperti kesibukan masa dan belum ada maklumat yang penting untuk diceritakan. Tambahan pula maklumat yang hendak disampaikan juga perlu melalui banyak tapisan. Maklumat yang disebarkan juga perlu diketahui tujuan ianya disebarkan. Adakah ia memberi manfaat kepada semua atau ianya mungkin memberi kesan yang negatif kepada sesetengah pihak. Namun begitu kesan-kesan tersebut mungkin tidak terpalit kepada semua orang.

Dalam blog ini, iaitu blog Aktiviti Pencarian ini sebenarnya ramai yang tidak tahu apakah yang dimaksudkan dengan maksud pencarian. Ramai yang mengetahui pencarian di sini adalah pencarian harta karun dan emas. Ini kerana aktiviti tersebut secara umumnya ramai orang memikirkannya sekiranya ianya disebut secara sambil lalu. Manakala aktiviti pencarian yang lain selain daripada mencara emas dan harta karun sebenarnya tidak ramai dan mungkin ada yang tidak terfikir.

Antara lain yang mungkin terkandung di dalam blog ini adalah pencarian ufo dan pencarian batu meteor. Ianya lebih diceritakan mengikut kepada pengalaman saya sendiri dan tidak mungkin penceritaan tersebut diambil dari sumber-sumber lain. Apa yang terkandung di dalam blog ini adalah asli semata-mata terus dari pengalaman saya.

Saya bukanlah seorang pengembara atau individu yang mempunyai banyak pengalaman-pengalaman menarik untuk diceritakan kepada umum. Tambahan pula buka semua pengalaman yang saya alami boleh diceritakan terus. Ada masanya pengalaman tertentu saya ceritakan terus melalui seminar-seminar kecil yang saya anjurkan atau di dalam kumpulan tertentu sebagai slot istimewa yang sangat mahal untuk dikongsikan.

Bagi pencarian ufo mungkin ramai yang rasakan ianya sangat mengarut dan ada juga yang ra
sanya ianya unik. Pelbagai tanggapan dan komen-komen posisitf dan negatif terlempar terus kepada saya. Ianya mungkin sukar untuk diuruskan dan ianya juga perlu bagi saya untuk diceritakan. Terpulanglah kepada si pembaca menilainya dari pelbagai sudut sama ada positif atau negatif. Manakala ianya terpulang kepada penerimaan masing-masing.

Jadi apakah tujuannya penceritaan ini. Matlamat saya adalah sebagai perkongsian. Tujuannya sebagai ilmu pengetahuan sahaja dan tidak lebih dari itu. Bukan bermaksud untuk menimbulkan pelbagai perasaan seperti perasaan panik, teruja keterlaluan dan seumpamanya. Permintaan saya agar pembaca tidak mudah melenting dan berada dalam situasi yang tenang tanpa menimbulkan banyak sangkaan negatif.

Saya hanya insan yang tiada apa-apa kelebihan ilmu melainkan dari Allah semata-mata. Ilmu yang saya miliki ini adalah kurnaan dari Allah. Jika Allah mengkehendaki, bila-bila masa saya perolehinya atau ditarik balik tanpa sebarang petanda sekali pun. Segala cerita dan gerak hati saya semua datang dari Allah. Semoga anda semua dapat memberi sokongan dan mendoakan segala-galanya dalam keadaan baik.