Isnin, 27 April 2015

Info terbaru akan datang

Assalamualaikum dan salam ceria. Kali pertama saya update pos ini untuk sekian kalinya sudah lama berdiam diri. Berdiam bukan bermakna tak buat apa apa. Tapi atas sebab munasabab tertentu yang tidak boleh dielakkan.

Namun begitu, Insyallah akan datang ini saya akan kembali aktifkan semula blog pencarian ini dan cuba untuk memeriahkan lagi dengan info terkini. Saya harap dengan info yang akan sentiasa dimasukkan ke dalam blog ini serba sedikit dapatlah memberi panduan, pedoman dan iktibar untuk generasi yang membacanya.

Anggaplah aktiviti pencarian ini merupakan satu aktiviti sihat di samping memberi manfaat kepada semua. Saya memerlukan sokongan anda sebagai pembaca dan saya amat berterima kasih sekiranya info fakta di dalam blog ini digunakan sebagai panduan bersama.

Tiada apa yang perlu saya dan rakan rakan selindungkan mengenai aktiviti yang telah dijalankan. Melainkan beberapa hasil yang tidak dibenarkan untuk ditunjuk atas nasihat pihak berkuasa atas faktor keselamatan.

Selamat maju jaya.

Selasa, 31 Januari 2012

Xpdc ke Felda Chiku Gua Musang bahagian 1

Xpdc ke Felda Chiku Gua Musang bahagian 1

Kali ini penceritaan agak panjang dan saya terpaksa bahagikan kepada 2 bahagian. Part 1 and part 2. Ini memandangkan banyak hari yang kami lalui dan pelbagai pengalaman yang telah ditempuhi.
Kami bergerak ke Gua Musang bermula dari Kajang, Semenyih dan seterusnya ke Ampang dan Keramat. Namun begitu dalam perjalanan ke Ampang kenderaan kami perlu singggah di Sungai Congkak Hulu Langat untuk mengambil salah seorang ahli kumpulan kami.

Sampai di Sungai Congkak untuk ambil Sani@black

Malam-malam begini takde lagi orang berkelah mandi air sungai di Sungai Congkak.

Kami selesai mengumpulkan ahli di Keramat. Tanpa membuang masa dan pada ketika itu jam menunjukkan pukul 1 pagi, kami meneruskan perjalanan menuju ke Gua Musang dengan bertukar ganti pemandu secara bergilir-gilir.

Perjalanan kami agak tidak berapa selesa kerana terlalu banyak barang dan alatan yang dibawa dan dimuatkan di dalam kenderaan. Kesemua barang dan alatan adalah penting setelah berpandukan kepada check list yang telah disediakan bagi mengelak kekurangan alatan dan membawa alatan yang salah dan tidak berguna.

Dalam xpdc ini kami telah diberikan setiap seorang ahli mempunyai tugas masing-masing. Oleh itu setiap ahli perlu bertanggungjawab kepada tugasan yang diberikan. Bro jimi adalah ketua xpdc, Shahril bertindak sebagai pemandu arah, penyelenggara alatan dan sebagai pegawai perhubungan, Sani @ black sebagai AJK kebajikan ahli dan medic, Shahrul pula urusan pengangkutan dan saya mengurus kewangan perbelanjaan sepanjang xpdc.

Berhenti berehat: Bro Jimi sedang mengeluarkan alat laser beliau untuk dipancarkan ke hutan di hadapannya. Akibatnya sesuatu yang mengerikan berlaku. Kedengaran bunyi yang menakutkan dari hutan tersebut. Bro Jimi dan saya lari bertempiaran menyelamatkan diri. (bunyi ngeri tersebut berjaya dirakam)

Sampai di Gua Musang pada subuh hari...

Sampai di Gua Musang tepat pada waktu Subuh. Kami berehat seketika sebelum memulakan aktiviti selanjutnya pada hari pertama ini. Memang mendebarkan dan menanti-nanti saat-saat apakah aktiviti yang kami akan lakukan nanti. Sementara itu Shahril sibuk berurusan dengan orang tempatan dan beberapa orang yang sudah dibuat temujanji sebelum kami berangkat ke lokasi.

Tengok la muatan barang yang kami bawa ini. Padat dan sesak. Kenderaan ini memang terbaik dan lasak. 

Menanti orang yang dijanjikan untuk berjumpa. Baru lepas sarapan pagi. Perut Kalau kosong nak buat kerja pun semua tak boleh.

Sani dan Jimi sedang berbincang mengenai strategi yang akan digunakan untuk aktitviti hari itu. Kepuasan jelas kelihatan setelah baru makan daging kambing.

Sudah sampai orang yang ditunggu-tunggu. Cuaca agak mendung dan suram. 


Hampir nak ke tengah hari barulah kami dapat pergi ke lokasi. Perjalanan agak mencabar dan berliku-liku. Hanya kenderaan yang lasak dan berani sahaja boleh melalui kawasan tersebut. Alhamdulillah kami selamat sampai di lokasi. Sampai di lokasi, keadaan air sungai agak deras sebab hujan. Tapi kami tetap harungi juga sebab sudah alang-alang sampai.

Ikuti gambar seterusnya ini. Kalau nak cerita panjang rasanya ramai yang malas nak baca. Jadi tengok gambar sambil penerangan sikit-sikit. Itu sudah memadai dan seronok.

Suasana di kawasan Felda Chiku. Ikut perancangan nak pergi ke lokasi gua. Tapi tak jadi disebabkan masa dan kos yang tidak dijangka. Insyaallah akan datang boleh pergi lagi.


Sampai di lokasi. Laluan agak becak. Keadaan selepas hujan turun.

Sani memulakan langkahnya dengan penuh bersemangat.

Keadaan air sungai yang naik dan agak deras. Tapi kami redah juga. Lepas ambil gambar ni saya terus 'gedebuk!' jatuh. Licin. Lepas tu berendam aje dalam sungai tu.

Jimi dan Shahril@Steven sedang memikirkan ape yang perlu dilakukan dengan keadaan sungai yang berarus deras.

Semua alatan penting dibawa turun dan diuji fungsinya. Maaf sebab tiada gambar dirakam semasa aktiviti dijalankan disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan dan alatan elektronik seperti kamera tidak kalis air. Dikuatiri rosak sebab terkena air. Perancangan akan datang saya akan usahakan untuk menggunakan kamera tahan lasak dan boleh masuk air.

Kami memperolehi hasil. Walaupun sedikit tapi kami menjumpainya. Kami banyak mengumpulkan pasir dan tanah untuk dibawa balik bagi kerja proses seterusnya menggunakan mesin ayak automatik atau mangkuk biru.

Selepas aktiviti, kami berehat dan makan tengah hari (dah masuk petang) sebelum check in lokasi terusnya. Di sini kami bertukar-tukar cerita dan pengalaman masing-masing.

Lama juga kami bersembang di sini sebab banyak cerita menarik. kami juga membincangkan aktiviti pada keesokan harinya nanti.

Felda Chiku: Perjalanan kami check in di kediaman Brader yang pakai kopiah gambar di atas tadi. Lupe pulak nama dia.

Kuda milik brader tu. Kuda ini pernah mengejar Sani. Mungkin tertarik dengan kemachoan Sani agaknya.

Petang itu kami menggunakan alat ini untuk mengasing emas dengan pasir. Lokasi anak sungai ini tak jauh dari kediaman kami. Hanya 50 meter.

Mengunakan kuasa bateri sahaja. Alat ini beroperasi dangan jayanya sambil diperhatikan secara beramai-ramai. Nampak tak?

Guna bateri kereta. Boleh guna bateri motor juga. Asalkan 12 volt. Jadi ianya selamat dan tiada risiko renjatan elektrik.

Brader tu sedang mandikan kudanya. Kami pun belum mandi lagi. 

Sani setia menanti.

Pada sebelah malam kami berpecah tidur di dua kediaman. Shahril, Sani dan Shahrul bermalam di kediaman Brader tu manakala Jimi dan saya bermalam di kediaman ayah Brader tu. Ayah Brader tu dikenali dengan nama Tok Ayah (ingat pulak name).

Berada di kediaman Tok Ayah banyak ilmu yang saya perolehi. Tok Ayah banyak bercerita dan memberikan banyak tips dan ilmu yang berguna yang boleh diamalkan.

Pada keesokan harinya, sebelum bergerak ke kolasi, Jimi dan saya mendengar sedikit taklimat daripada Tok Ayah. Dia banyak memberi petua yang boleh diamalkan dan menunjukkan banyak benda yang kami tidak ketahui.

Tok Ayah bercerita dan menunjukkan sesuatu kepada kami.

Inilah daun pokok limau hantu yang banyak khasiatnya. Tok Ayah berikat sedkit kepada kami untuk dibawa pulang. 

Sudah sarapan pagi tapi masih lagi berhenti minum-minum. Nampak tak air tuak tu? Sani melihat dengan penuh berminat. Tak minum pun. Minum air dalam botol je. Kami menunggu orang yang akan membawa kami ke lokasi lain pula.

Pada hari pertama kami banyak menggunakan alat seperti pam tangan dan mangkuk biru sahaja selain dari dulang plastik. Alat metal detector masih belum digunakan lagi. Pada hari kedua ini alat seperti metal detector dan pin pointer akan digunakan pada lokasi lain yang akan kami redah. 

Sila ikuti sambungan pengalaman kami ini pada post akan datang dengan banyak pengalaman yang lebih menarik lagi....


Khamis, 26 Januari 2012

Gua Musang

Ini adalah cerita lama. Saya mengambil kesempatan untuk mengikuti anak saudara ke Gua Musang untuk melihat sendiri serta menguji keberkesanan alat pengesan yang baru dihasilkan. Bagi saya bukan mudah untuk mendapat peluang sebegini yang boleh dijadikan satu pengalaman yang menyeronokkan.

Pada masa itu saya menghasilkan alat pengesan jenis hound dog yang telah saya bina semula dengan penambahbaik kepada system audio dan bahagian tuning. Memang sukar bagi yang kali pertamanya untuk menghasilkan alat ini tanpa merujuk kepada mana-mana model alat yang sedia ada. Ia mengambil masa sehingga setahun pada bahagian R&D serta berusaha untuk menghasilkan prototaip pertama.

Perjalanan ke Gua Musang mengambil masa yang agak lama kerana semua ahli yang terbabit diambil seorang demi seorang bermula dari Seremban sehingga ke Ampang. Proses mengumpul ahli mengambil masa sehingga 3 jam dan kami bergerak dari KL pada pukul 1 pagi.

Barang saja banyak tapi masih banyak alat yang tidak dibawa.

Perjalanan kami ke Gua Musang sangat mencabar minda dan fizikal. Menggunakan kenderaan 4X4 Pajero yang dipinjamkan oleh Brader Hisyam dengan muatan 5 orang menjadikan perjalanan yang kurang selesa kerana berhimpit-himpit. Ditambah pula muatan barang yang sangat banyak menyebabkan keadaan kenderaan nampak padat. Keadaan tersebut menyebabkan kami ditahan peronda polis ketika berada di MRR2. Apa pun kami telah dilepaskan setelah diperiksa tiada apa-apa kesalahan.

Selain saya pergi ke sana untuk menguji alat, Brader Hisyam pula menguji system Hidrogen pada kenderaan yang dipasang. Jika anda tahu system hydrogen adalah system bahan api yang menggunakan air sebagai bahan api tambahan kepada petrol. Oleh itu penggunaan minyak menjadi kurang serta kenderaan menjadi lebih pick-up.

Kami tiba di Gua Musang sekitar pukul 7 pagi. Kami berhenti untuk bersarapan pagi di situ sementara menunggu green light untuk pergi ke kawasan pengujian. Kami menunggu ranger hutan untuk memandu kami masuk ke kawasan tersebut.

Berhenti seketika untuk berehat dan isi minyak

Agaknya mungkin kami kurang periksa kerana waktu kami ke Kelantan bukanlah waktu yang sesuai kerana pada masa tersebut adalah musim tengkujuh. Oleh itu keadaan air sungai menjadi lebih keruh dan meningkat naik. Keadaan arus air sungai juga menjadi deras. Oleh itu keadaan menjadi agak sukar. Aktiviti perlu diteruskan walaupun apa juga keadaan. Rugi rasanya jika kami berpatah balik.

Kami berlima terdiri daripada Shahril, Nizam, Hisyam, Jimi dan saya sendiri sememangnya  merasakan keadaan menjdi lebih sukar kerana hujan tidak berhenti setibanya kami ke Gua Musang. Oleh itu kami bertekat untuk meredah hujan dan melakukan aktiviti di kawasan yang tidak berisiko seperti air sungai tidak terlalu dalam, arus sungai yang tidak terlalu deras serta memastikan kami tidak berpecah arah.

Sarapan pagi di Gua Musang. Shahril dan Nizam update status.

Keadaan hujan yang masih turun. Hisyam memanaskan badan dengan segelas air panas.

Keadaan air sungai yang deras dan semakin naik paras air.

Nampak batu-batuan yang sangat cantik dan menarik.

Alat mula digunakan. Namun masih ada kekurangan dari segi persediaan alatan lain. Ini membuatkan banyak perkara yang terbantut dan menemui jalan buntu. Kami masih melakukan aktiviti tanpa beberapa alatan penting.

Sampai di lokasi

Berkemas dan turun barang.



Pada sebelah malamnya kami bermalam di rumah ranger di dalam ladang kelapa sawit. Pada keesokan harinya kami sambung semula aktiviti dan ambil keputusan untuk pulang ke KL pada petangnya. Kami terpaksa pulang awal kerana masalah teknikal dan kekurangan alatan penting yang sememangnya kami tidak membuat check list dengan betul. Apa pun saya dapat merasakan pengalaman ini dan bermula di situlah saya mengenali Brader Hisyam yang merupakan salah seorang invertor seperti saya juga. Cuma bidang beliau tertumpu kepada Hidrogen Generator.

Berehat sehingga ke senja kala.

Berehat seketika sambil menunggu renger sampai.

Tengah-tengah hutan dan ladang ada rumah pekerja.

Perjalanan pulang ke KL



Ikuti sambungan pengalaman saya selanjutnya dengan beberapa ahli kumpulan baru dan cerita baru. Tiada gambar dirakam semasa aktiviti dijalankan atas sebab hari hujan yang tidak berhenti. Kamera kami tidak kalis air dan tidak berupaya untuk berfungsi semasa hujan dan di dalam sungai. 

Namun begitu kami tidak dapat merakam imej hasil yang kami perolehi atas faktor keselamatan dan tidak dapat persetujuan ahli kumpulan. Saya akan berusaha untuk kumpulkan gambar-gambar dan video yang dapat dirakam oleh kamera lain selain dari kamera saya untuk cerita sambungannya nanti.

Dari kiri: Shahril. Hisyam, Jimi, saya dan Nizam

Khamis, 19 Januari 2012

Aktiviti di Pantai Cahaya PD

Salam ceria.
Pada awal tahun 2011 yang lalu saya dan dua rakan saya terbabit dalam penganjuran sambutan tahun baru di Pantai Cahaya di Port Dickson Negeri Sembilan. Ia merupakan carnival tahun baru yang sememangnya bertujuan untuk menyambut tahun baru 2011. Perbagai gerai jualan disediakan termasuklah pelbagai aktiviti penganjuran sepanjang hari sebelum dan selepas tahun baru.

Pada mulanya  saya dan rakan ingin menguruskan satu pertandingan membina istana pasir terbuka kepada orang awam yang datang ke carnival tersebut. Tapi pertandingan tersebut dibatalkan atas sebab tidak dapat persetujuan dari Pihak MDPD. Takut pantai rosak. Oleh itu pertandingan dibatalkan. Hadiah utama seunit metal detector juga tidak luak dan ambil balik untuk dijual. J

Pada malam tahun baru, selepas countdown, kami ambil keputusan untuk melakukan aktiviti pencarian di bersebelahan pantai cahaya berdekatan dengan beberapa resort di situ. Memandangkan saya kepenatan sebab sepanjang hari bertugas di carnival tersebut dan tambahan pula saya mengalami masalah sakit perut semenjak sampai ke tapak carnival, aktiviti pencarian dilakukan dalam masa yang singkat.

Namun hasilnya pun tidak mengecewakan juga. Banyak dapat duit syiling selain dari sampah sarap. Paling best dapat duit kertas. Tak sangka pula alat detector berbunyi dan mengesan duit kertas. Shahrul paling banyak mendapat hasil berbanding Bro Jimi dan saya. Saya sudah penat, manakala Bro Jimi ada masalah pada alat. Alat tiba-tiba jadi gila.

Ambil gambar belakang tapak karnival. Itu je yg sempat.


Setting ape yang patut.

Yang nampak cahaya belakang tulah tapak karnival

Tools penggali tak cukup, Bro Jimi tanda aje. Gali orang lain.

Kawasan gelap. Lampu suluh perlu ada.

Ada jumpa?

Ini nugget. Tapi bukan gold nugget.

Nampak penat tapi masih ceria

Benda macam ni selalu ada

Tutup botol. Siapa suka kumpul, kutip aje.

Bekal makanan dan minuman adalah penting

Inilah saya. Tak gerak pun sebab sakit perut dan penat.


video
Tengok klip video pendek

Selesai aktiviti, kami balik ke hotel dan tidur dengan nyenyak sebab kepenatan yang melampau. Paginya kami pulang ke rumah masing-masing.