Isnin, 26 Disember 2011

Aktiviti malam di pantai PD

Salah satu aktitviti kami berkumpulan adalah melakukan kerja pencarian di sekitar pantai Port Dickson pada malam hari. Waktu sekitar 11 malam bertolak dari Kajang iaitu HQ kami yang terletak di Sungai Chua Kajang. Perjumpaan kami pada malam tersebut telah dipersetujui oleh semua ahli kumpulan beberapa hari sebelum hari aktiviti ini berlangsung.

Objektif aktiviti ini adalah untuk menjalinkan persahabatan antara semua ahli kumpulan disamping bertukar-tukar pandangan dan pengalaman masing-masing. Alatan yang kami gunakan adalah alat pengesan logam, penyodok, cangkul kecil, lampu kepala dan sebagainya bagi menjayakan lagi aktiviti malam tersebut.


Target kami adalah mencari dan mengumpul hasil-hasil yang akan kami perolehi semasa aktiviti pencarian itu nanti. Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini pada masa akan datang, dapat mengumpulkan lebih banyak ahli-ahli baru yang meminati aktiviti pencarian metal detector ini.

Anda boleh lihat klip video aktiviti pencarian di pantai Port Dickson pada malam tersebut. Saya sendiri menggunakan alat pengesan logam jenis BFO. Manakala ahli lain yang tiada alat telah diberi pinjam alat pengesan BFO. Ahli lain menggunakan alat pengesan import Jenis Garret.

Aktiviti pencarian ini berhenti pada sekitar pukul 3 pagi. Semua hasil pencarian dikumpulkan sekali dan gambar diambil sebagai kenang-kenangan. Sebelum subuh kami pulang ke rumah masing-masing untuk memulakan tidur dan berehat.