Khamis, 26 Januari 2012

Gua Musang

Ini adalah cerita lama. Saya mengambil kesempatan untuk mengikuti anak saudara ke Gua Musang untuk melihat sendiri serta menguji keberkesanan alat pengesan yang baru dihasilkan. Bagi saya bukan mudah untuk mendapat peluang sebegini yang boleh dijadikan satu pengalaman yang menyeronokkan.

Pada masa itu saya menghasilkan alat pengesan jenis hound dog yang telah saya bina semula dengan penambahbaik kepada system audio dan bahagian tuning. Memang sukar bagi yang kali pertamanya untuk menghasilkan alat ini tanpa merujuk kepada mana-mana model alat yang sedia ada. Ia mengambil masa sehingga setahun pada bahagian R&D serta berusaha untuk menghasilkan prototaip pertama.

Perjalanan ke Gua Musang mengambil masa yang agak lama kerana semua ahli yang terbabit diambil seorang demi seorang bermula dari Seremban sehingga ke Ampang. Proses mengumpul ahli mengambil masa sehingga 3 jam dan kami bergerak dari KL pada pukul 1 pagi.

Barang saja banyak tapi masih banyak alat yang tidak dibawa.

Perjalanan kami ke Gua Musang sangat mencabar minda dan fizikal. Menggunakan kenderaan 4X4 Pajero yang dipinjamkan oleh Brader Hisyam dengan muatan 5 orang menjadikan perjalanan yang kurang selesa kerana berhimpit-himpit. Ditambah pula muatan barang yang sangat banyak menyebabkan keadaan kenderaan nampak padat. Keadaan tersebut menyebabkan kami ditahan peronda polis ketika berada di MRR2. Apa pun kami telah dilepaskan setelah diperiksa tiada apa-apa kesalahan.

Selain saya pergi ke sana untuk menguji alat, Brader Hisyam pula menguji system Hidrogen pada kenderaan yang dipasang. Jika anda tahu system hydrogen adalah system bahan api yang menggunakan air sebagai bahan api tambahan kepada petrol. Oleh itu penggunaan minyak menjadi kurang serta kenderaan menjadi lebih pick-up.

Kami tiba di Gua Musang sekitar pukul 7 pagi. Kami berhenti untuk bersarapan pagi di situ sementara menunggu green light untuk pergi ke kawasan pengujian. Kami menunggu ranger hutan untuk memandu kami masuk ke kawasan tersebut.

Berhenti seketika untuk berehat dan isi minyak

Agaknya mungkin kami kurang periksa kerana waktu kami ke Kelantan bukanlah waktu yang sesuai kerana pada masa tersebut adalah musim tengkujuh. Oleh itu keadaan air sungai menjadi lebih keruh dan meningkat naik. Keadaan arus air sungai juga menjadi deras. Oleh itu keadaan menjadi agak sukar. Aktiviti perlu diteruskan walaupun apa juga keadaan. Rugi rasanya jika kami berpatah balik.

Kami berlima terdiri daripada Shahril, Nizam, Hisyam, Jimi dan saya sendiri sememangnya  merasakan keadaan menjdi lebih sukar kerana hujan tidak berhenti setibanya kami ke Gua Musang. Oleh itu kami bertekat untuk meredah hujan dan melakukan aktiviti di kawasan yang tidak berisiko seperti air sungai tidak terlalu dalam, arus sungai yang tidak terlalu deras serta memastikan kami tidak berpecah arah.

Sarapan pagi di Gua Musang. Shahril dan Nizam update status.

Keadaan hujan yang masih turun. Hisyam memanaskan badan dengan segelas air panas.

Keadaan air sungai yang deras dan semakin naik paras air.

Nampak batu-batuan yang sangat cantik dan menarik.

Alat mula digunakan. Namun masih ada kekurangan dari segi persediaan alatan lain. Ini membuatkan banyak perkara yang terbantut dan menemui jalan buntu. Kami masih melakukan aktiviti tanpa beberapa alatan penting.

Sampai di lokasi

Berkemas dan turun barang.



Pada sebelah malamnya kami bermalam di rumah ranger di dalam ladang kelapa sawit. Pada keesokan harinya kami sambung semula aktiviti dan ambil keputusan untuk pulang ke KL pada petangnya. Kami terpaksa pulang awal kerana masalah teknikal dan kekurangan alatan penting yang sememangnya kami tidak membuat check list dengan betul. Apa pun saya dapat merasakan pengalaman ini dan bermula di situlah saya mengenali Brader Hisyam yang merupakan salah seorang invertor seperti saya juga. Cuma bidang beliau tertumpu kepada Hidrogen Generator.

Berehat sehingga ke senja kala.

Berehat seketika sambil menunggu renger sampai.

Tengah-tengah hutan dan ladang ada rumah pekerja.

Perjalanan pulang ke KL



Ikuti sambungan pengalaman saya selanjutnya dengan beberapa ahli kumpulan baru dan cerita baru. Tiada gambar dirakam semasa aktiviti dijalankan atas sebab hari hujan yang tidak berhenti. Kamera kami tidak kalis air dan tidak berupaya untuk berfungsi semasa hujan dan di dalam sungai. 

Namun begitu kami tidak dapat merakam imej hasil yang kami perolehi atas faktor keselamatan dan tidak dapat persetujuan ahli kumpulan. Saya akan berusaha untuk kumpulkan gambar-gambar dan video yang dapat dirakam oleh kamera lain selain dari kamera saya untuk cerita sambungannya nanti.

Dari kiri: Shahril. Hisyam, Jimi, saya dan Nizam