Selasa, 17 Januari 2012

Aktiviti pencarian siang di PD

Untuk kali ini saya akan menceritakan pengalaman lama semasa melakukan aktiviti pencarian di pantai di Port Dickson. Memang dari dahulu lagi kami mempunyai hasrat yang paling utama sekali untuk pergi ke pantai PD. Sememangnya jarak antara tempat kami semua adalah tidak jauh ke lokasi pantai.

Selain dari pantai PD, pantai-pantai lain juga pernah kami pergi. Untuk cerita selanjutnya iaitu di beberapa tempat lain akan saya ceritakan pada update selanjutnya nanti.

Untuk permulaan ini saya akan menceritakan pengalaman berada di pantai PD pada waktu siang hari. Sememangnya kami lebih suka melakukan aktiviti ini pada waktu gelap hari. Tujuannya adalah sebab ianya lebih selesa apabila aktiviti ini dilakukan pada sebelah malam hari. Kecuali aktiviti di tempat-tempat tertentu seperti di dalam hutan dan sebagainya.

Walaupun aktiviti ini dilakukan pada waktu siang hari, lokasi sebenarnya adalah tidak begitu sesuai. Kerana ianya bukanlah lokasi pantai kunjungan orang. Kawasan pantai di sini kurang malah hampir tiada orang yang mandi atau berkelah. Ini membuatkan kami lebih selesa untuk melakukan aktiviti ini dengan aman. Namun ada kalanya beberapa orang yang lalu lalang di situ memerhatikan kami seolah-olah ingin mengetahui apa yang kami lakukan.



Selepas kali pertama kesan barang, lepas tu macam-macam benda yang dapat kesan tapi semuanya sampah.

Inilah salah satu benda yang tidak berharga tu. Banyak....

Kami bergerak serentak...

Bila dah kesan tu, nak menggali tu receh sikit tapi rasa puas bila dapat barang...

Apelah tu ye...

Dalam batu ni pun dapat kesan tapi kami tak ambil

Antar yang diperolehi



Aktiviti sepanjang pantai

Cara serta teknik yang betul akan membuahkan hasil

Tidak mengira umur

Sentiasa bekerjasama



Agak-agak ape nih?

Lepas gali timbus balik. Jangan rosakkan pantai.

Benda ni pun nak kutip juga?



Dimamah usia. Berehat sekejap. Penat!

Hasil yang diperolehi dalam masa sejam



Cari kedai minum untuk berehat dan melepaskan dahaga.


Sambung balik kat tempat lain.





Di kawasan ini banyak terdapat kepingan tembaga

Sibuk ambil gambar orang, inilah saya.



Walaupun pada hari itu aktiviti berjalan dengan lancar dan kami berasa selesa, satu perkara yang membuatkan kami tidak berapa suka adalah hasil yang kami perolehi. Hasil yang kami perolehi tidak memberangsangkan sebab tiada barangan yang elok yang boleh kami jadikan koleksi. Hanya sekadar beberapa logam tembaga dan aluminium dan juga barang-barang logam terbuang sahaja. Duit syiling hanya satu sahaja yang kami dapat. Melakukan aktiviti pada waktu panas terik sangat memenatkan.

Jadi mungkin anda boleh fikir jika kami lakukan aktiviti di pantai yang menjadi tumpuan orang ramai berkelah, sudah tentu bermacam-macam habuan yang kami akan perolehi juga. Jadi, anda boleh ikuti alkisah aktiviti kami yang lain di tempat yang lain pula.