Selasa, 17 Januari 2012

Pencarian guna prototaip

Nampaknya cerita saya kali ini banyak mengimbau kembali kisah-kisah lama. Bukannya tiada cerita baru tapi  cuma bagilah saya masa untuk menceritakan kisah lama yang mana ianya mungkin dapat memberikan gambaran awal kisah saya dan ahli kumpulan yang terbabit dalam aktitivi ini.

Memang ramai sebenarnya yang mempunyai hobi dan kegemaran seperti ini iaitu mencari logam-logam dengan menggunakan alat pengesan logam. Seperti yang anda sedia maklum saya menggunakan alat pengesan logam buatan sendiri. Saya hasilkan dan saya guna sendiri. Bukan setakat guna sahaja tetapi saya jual juga.
Memang tidak boleh dinafikan alat saya ini tidak secanggih dan sehebat alat buatan luar Negara. Tapi apa pun bagi saya lebih baik ada daripada takde. Saya bermula dari peringkat bawah dan kemudian cuba naik berperingkat-peringkat. Sepanjang yang saya lalui saya banyak belajar dari kesilapan dan kegagalan. Semua itu saya ambil untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

Update kali ini saya nak ceritakan aktiviti pertama saya dan rakan-rakan. Tujuan utama adalah menguji alat yang saya hasilkan dan ia merupakan satu prototaip. Brade Jimi banyak membantu menghasilkan rekaan luaran alat ini tetapi penghasilan prototaip ini mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan dan setelah diuji ianya tidak sesuai untuk dikomersialkan. Ia kerana atas beberapa factor tertentu seperti tidak tahan lasak dan kurang mesra pengguna.

Lokasi yang kami pilih adalah kawasan Ulu Langat, Selangor. Lokasi ini dibawa oleh anak buah saya sendiri iaitu Shahril. Pemilhan kawasan ini kerana ianya dekat dari tempat kami dan agak terpencil sedikit. Dan yang pasti kawasan ini dikatakan ada terdapat emas (orang di situ cakap tapi tak jumpa pun).
Sepanjang hari itu memang tiada hasil. Apa pun saya dapat mengetahui kebaikan dan keburukan alat ini setelah diuji. Hasil keputusan uji kaji ini saya dapat membuat penambah baikan kepada alat ini dan seterusnya boleh dikomersialkan.

Persediaan sebelum bertolak ke lokasi

Ujian dalam air. OK


Test dulu

Perjalanan mencabar. Kereta ni dah macam 4x4 jadinya.

Test kawasan

Mula test alat



Kisah ini sudah lebih 4 tahun lamanya. Sudah begitu lama dan kini baru saya membuka cerita kepada semua untuk dijadikan sebagai hiburan pembaca.